PRU2025 Singapura: Lebih 2.75 juta dijangka keluar mengundi - Utusan Malaysia

PRU2025 Singapura: Lebih 2.75 juta dijangka keluar mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Lebih 2.75 juta pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab alam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) Singapura.

Sebanyak 1,240 pusat mengundi beroperasidi seluruh republik itu dan akan ditutup pada pukul 8 malam ini.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) sebelum ini menggalakkan pengundi supaya keluar mengundi pada waktu tengah hari bagi mengelakkan kesesakan pada waktu pagi.

Sebanyak 10 pusat pengundian luar negara turut beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam waktu tempatan di bandar masing-masing, namun tidak boleh melebihi waktu penutupan rasmi di Singapura.

Pusat-pusat pengundian ini terletak di Dubai, London, Washington D.C., New York, San Francisco, Canberra, Tokyo, Beijing, Hong Kong dan Shanghai.

Seramai 18,389 rakyat Singapura mendaftar sebagai pengundi luar negara dengan 8,630 daripadanya akan mengundi secara fizikal di pusat luar negara, manakala 9,759 akan mengundi melalui pos.

Pengundi akan memilih daripada 11 parti politik dan dua calon bebas yang bertanding bagi merebut baki 92 kerusi Parlimen di 32 kawasan pilihan raya, selepas Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi lima kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon.

PAP bertanding di semua kawasan pilihan raya, manakala Parti Pekerja (WP) mempunyai jumlah calon pembangkang paling ramai iaitu seramai 26 orang.

Lima kawasan menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru, dengan Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Tampines menjadi medan paling sengit, melibatkan pertarungan empat penjuru antara PAP, WP, Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan Parti Perpaduan Nasional (NSP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya