JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan kerajaan akan berusaha menurunkan kos haji bagi rakyat negara ini kerana masih mahal berbanding Malaysia.
Prabowo berjanji akan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji dan meminta pihak berkaitan mencari penyelesaian bagi menurunkan kos haji dengan lebih signifikan.
Beliau menyatakan Indonesia memiliki antara jumlah jemaah haji dan umrah terbesar di dunia, dengan lebih 2.2 juta jemaah diterbangkan ke Tanah Suci setiap tahun.
“Saya minta dikurangkan lagi kerana saya belum puas. Kita harus mencapai yang termurah yang boleh kita capai. Kalau boleh lebih murah daripada Malaysia,” kata Prabowo semasa perasmian Terminal Khusus Haji dan Umrah 2F di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada Ahad.
Prabowo turut berjanji akan menyediakan perkhidmatan terbaik bagi jemaah haji Indonesia dan meminta Menteri Agama serta pihak berkaitan mencari penyelesaian agar kos haji dapat diturunkan lagi.
“Saya akan berusaha sekeras tenaga untuk memberi perkhidmatan terbaik, juga kita berjuang untuk menurunkan kos haji semurah-murahnya yang kita mampu,” tambahnya.
Dalam kesempatan itu, Prabowo juga menyatakan bahawa jumlah jemaah haji dan umrah Indonesia boleh menjadi antara yang terbesar di dunia, dengan lebih daripada 2.2 juta jemaah diterbangkan ke Tanah Suci dan puncak jemaah sehari boleh mencapai 12,000 orang.
“Ini sesuatu yang sangat besar, mungkin kita yang terbesar di dunia daripada seluruh umat Islam, mungkin Indonesia yang paling besar rombongan haji dan umrah,” ujarnya.
Tahun ini, kos haji Indonesia telah dikurangkan sebanyak 4 juta rupiah (RM1,029) seorang, iaitu daripada 93.41 juta rupiah (RM24,275) pada 2024 kepada 89.41 juta rupiah (RM23,100) pada 2025