Polis Singapura siasat 13 remaja rosakkan kerusi roda di pusat mengundi

Polis Singapura siasat 13 remaja rosakkan kerusi roda di pusat mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Polis Singapura sedang menjalankan siasatan ke atas 13 remaja yang disyaki terlibat dalam dua kes merosakkan kerusi roda yang ditetapkan sebagai harta milik pemerintah di pusat mengundi bagi Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).

Lebih 2.75 juta pengundi Singapura akan melaksanakan tanggungjawab menentukan hala tuju baharu negara dalam GE2025 yang berlangsung esok.

Kemudahan kerusi roda disediakan di pusat mengundi untuk warga emas serta golongan berkeperluan khas atau kurang upaya dari segi fizikal.

Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata, insiden pertama berlaku pada 28 April di kawasan lapang berhampiran Blok 51A Sengkang West Avenue yang ditetapkan sebagai pusat mengundi.

Pihab berkuasa dimaklumkan mengenai insiden itu sekitar 10.55 malam dan apabila tiba di lokasi, anggota polis mendapati tiga kerusi roda milik Jabatan Pilihan Raya (ELD) sudah dirosakkan.

Lima individu disyaki terlibat dalam insiden itu dan siasatan awal mendapati mereka menggunakan kerusi roda tersebut untuk berlumba sesama sendiri.

Salah seorang daripada mereka juga didakwa melempar sebuah kerusi roda ke udara, lapor The Straits Times.

Kes kedua berlaku di sebuah gelanggang bola keranjang berbumbung di Blok 176B Boon Lay Drive yang ditutup untuk dijadikan pusat mengundi.

Menurut polis, sebuah kerusi roda milik ELD rosak dan lapan individu yang disyaki terlibat dalam insiden tersebut sudah dikenal pasti.

Mereka yang didapati bersalah atas kesalahan vandalisme boleh didenda sehingga 2,000 dolar Singapura (RM8,566), dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pesalah juga boleh dikenakan antara tiga dengan lapan kali sebatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya