Perubahan iklim cetus lambakan buah, sayuran di UK

Perubahan iklim cetus lambakan buah, sayuran di UK

ORANG ramai beratur untuk membeli buah-buahan dan sayur-sayuran di Pasar Chapel, Islington, utara London.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cuaca panas dan kering ekstrem menyebabkan lambakan hasil tanaman seperti strawberi, terung, dan tomato yang ranum lebih awal daripada biasa di kebanyakan kebun dan ladang di Britain.

Keadaan ini juga menghapuskan tempoh yang dikenali sebagai ‘jurang lapar’, masa antara habisnya hasil tanaman musim sejuk dan sebelum bermulanya tuaian musim panas.

Menurut ramalan cuaca, musim bunga tahun ini adalah antara yang paling kering dan paling panas yang pernah dicatat, dengan suhu dijangka mencecah sehingga 30 darjah Celsius pada waktu paling awal dalam sejarah.

Seorang petani dari Community Farm di selatan Bristol, Nick Haigh berkata, banyak tanaman  Mediterranean mereka masak lebih awal beberapa minggu daripada jangkaan.

“Ia terasa seperti sudah pertengahan Mei. Kami sekarang mempunyai terlalu banyak hasil tomato, terung, timun, lada benggala. Semuanya sudah sedia dua hingga tiga minggu lebih awal. 

“Biasanya, waktu ini adalah musim jurang lapar, ketika sayur-sayuran musim sejuk sudah habis dan para pengguna menunggu hasil musim panas. Namun cuaca cerah dan kering menghapuskan tempoh tersebut.

“Beberapa bulan lalu kami menjangkakan tahun ini akan jadi jurang lapar yang paling teruk, tetapi kini nampaknya jurang itu tidak berlaku langsung,” katanya kepada portal The Guardian.

Katanya, petani kini semakin sukar untuk meramalkan keadaan cuaca yang ekstrem sama ada banjir atau kemarau akibat perubahan iklim.

“Kami tak boleh jangka cuaca lagi. Tarikh yang dulunya boleh kita guna sebagai panduan untuk menanam sudah tak boleh diharapkan. Kami terpaksa ubah teknik bergantung kepada keadaan cuaca dan keadaan ini memang mencabar. Kami masih menunggu hujan kerana ladang kini sangat kering,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya