Pemuda ditahan gara-gara guna sijil sekolah rendah 'bayar' beras di kedai runcit - Utusan Malaysia

Pemuda ditahan gara-gara guna sijil sekolah rendah ‘bayar’ beras di kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Polis Indonesia menahan seorang pemuda yang tular selepas menukar sijil sekolah dengan beberapa guni beras di sebuah kedai runcit di Deli Serdang, Medan, Sumatera Utara baru-baru ini.

Ketua Unit Siasatan Jenayah (Reskrim) Balai Polis Tembung, Inspektor Parulian Sitanggang berkata, kejadian itu berlaku pada 29 April lalu pada pukul  5 pagi waktu tempatan.

“Pemuda terbabit datang ke kedai membawa ijazah dan menukarnya dengan beberapa guni beras. Dia memberitahu akan membayar harga beras itu selepas memperoleh wang,” kata Parulian ketika ditemui di Balai Polis Tembung, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motif tindakan berkenaan dilakukan kerana suspek tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.

Beliau berkata, suspek yang merupakan penduduk setempat kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan Indonesia bagi kesalahan mencuri, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun jika disabit kesalahan.

Terdahulu, tindakan pemuda itu tular dalam media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek mengambil empat guni beras, rokok dan mi segera dengan jumlah keseluruhan hampir sejuta rupiah (RM300), sebelum menyerahkan sijil sekolah rendah sebagai ganti bayaran.

Kejadian tersebut mendapat perhatian meluas pelbagai pihak selepas video itu dimuat naik di dalam Instagram. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya