Pasukan Pengaman PBB diserang orang awam di Lubnan - Utusan Malaysia

Pasukan Pengaman PBB diserang orang awam di Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Sekumpulan penduduk awam bersenjatakan batang besi dan kapak menyerang pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang membuat rondaan di selatan Lubnan pada Jumaat.

Menurut Pasukan Interim PBB di Lebanon (UNIFIL), serangan itu menyebabkan kerosakan pada kenderaan PBB tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut UNIFIL, pasukan tersebut menggunakan kaedah bukan bersenjata bagi mempertahankan diri dan orang awam yang berada di lokasi. Rondaan itu merupakan operasi rutin di antara kampung Jmayjmeh dan Khirbat Silim.

Tentera Lubnan (LAF) dimaklumkan dan tiba sejurus selepas insiden berlaku sebelum mengiringi pasukan UNIFIL pulang ke pangkalan.

UNIFIL menjelaskan rondaan itu telah dirancang lebih awal dan diselaraskan bersama LAF.

Misi pengaman PBB itu turut menegaskan mandat mereka di bawah Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB menjamin kebebasan bergerak di kawasan operasi sama ada dengan atau tanpa pengiring daripada LAF.

Pada Rabu lalu, UNIFIL turut melaporkan tembakan langsung dari tentera Israel telah mengenai kawasan berdekatan salah satu pos pengaman mereka di selatan Lubnan.

Menurut UNIFIL, insiden itu adalah yang pertama sejak Israel dan kumpulan militan Lubnan yang disokong Iran, Hezbollah mencapai persetujuan gencatan senjata pada November lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN