MEDAN: Sepasang adik-beradik kandung ditahan polis selepas menjalin hubungan sumbang mahram hingga melahirkan seorang bayi lelaki sebelum membuang mayat bayi tersebut melalui perkhidmatan penghantaran p-hailing. Suspek lelaki, Reynaldi, 25, dan adik perempuannya, Najma Hamida, 21, ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Medan susulan penemuan mengejutkan mayat bayi dalam sebuah kotak yang dihantar oleh seorang penunggang motosikal p-hailing ke sebuah masjid berhampiran tanah perkuburan di Jalan Kapten Muchtar Basri, Medan…










