Kristian Palestin seru Pope Leo XIV teruskan usaha damai mendiang Pope Francis - Utusan Malaysia

Kristian Palestin seru Pope Leo XIV teruskan usaha damai mendiang Pope Francis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bersama komuniti Kristian Gaza dan kepimpinan Hamas menyeru Pope baharu, Robert Prevost atau Leo XIV meneruskan usaha damai yang telah dirintis oleh mendiang Pope Francis.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam, Mahmoud mengucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan Pope Leo XIV dalam menjalankan misi beliau serta meneruskan legasi Pope Francis yang telah pergi.

Mahmoud turut menekankan peranan penting moral, agama dan politik yang dimainkan oleh Vatican dalam membela keadilan global.

Beliau menegaskan, hak rakyat Palestin untuk kebebasan dan kemerdekaan seharusnya menjadi keutamaan dalam perjuangan tersebut.

Di Gaza, komuniti Kristian yang kecil turut menyambut baik pelantikan Pope baharu itu.

Terdahulu, Prevost dari Amerika Syarikat (AS) dipilih sebagai Pope ke-267 dan pemimpin tertinggi Gereja Katolik Rom.

Pelantikan beliau diumumkan secara rasmi oleh seorang kardinal kanan di hadapan ribuan penganut agama itu yang berhimpun di Dataran St. Peter, di sini.

Dalam pengumuman tradisional “Habemus Papam”, beliau telah memilih nama Pope Leo XIV sebagai gelaran pemerintahannya.

Pemilihan ini menjadikan beliau sebagai Pope pertama dari Amerika Syarikat dalam sejarah Gereja Katolik.

Pope Provest menggantikan Pope Francis yang meninggal dunia pada 21 April lalu pada usia 88 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN