Ketua Polis Anti-Narkotik Gaza terkorban dalam serangan udara tentera Israel - Utusan Malaysia

Ketua Polis Anti-Narkotik Gaza terkorban dalam serangan udara tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara Gaza mengumumkan pemergian Brigedier Jeneral Ahmed Al-Qudra, Ketua Polis Anti-Narkotik yang juga ahli Majlis Komando Polis Gaza, selepas beliau terbunuh dalam serangan udara tentera Israel di Khan Younis.

Menurut laporan Palestinian Information Centre, kementerian dalam kenyataannya berkata Al-Qudra kekal komited menjalankan tugas sepanjang tempoh perang genosid yang sedang dilancarkan Israel ke atas Gaza dan tidak pernah gentar untuk terus berkhidmat demi keselamatan rakyatnya.

Kementerian itu turut mendakwa tentera Israel menyasarkan sektor keselamatan dan polis secara sistematik sepanjang perang yang berlarutan ke atas Gaza, dalam usaha mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan di wilayah yang telah musnah akibat serangan bertubi-tubi rejim tersebut.

“Pihak musuh cuba menggugat kestabilan dalaman Gaza melalui pembunuhan tokoh-tokoh utama keselamatan. Namun, kami tetap berikrar akan meneruskan amanah yang dipikul dan menentang setiap percubaan untuk menggoyahkan barisan pertahanan dalam negara,” jelas kenyataan itu lagi.

Sejak serangan esar-besaran Israel ke atas Gaza bermula Oktober lalu, ratusan anggota keselamatan Palestin telah terkorban dalam apa yang dilihat sebagai cubaan Israel untuk melumpuhkan struktur pentadbiran dan keselamatan di wilayah terkepung itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN