TEL AVIV: Ribuan penduduk terpaksa dipindahkan selepas Israel ‘terkepung’ akibat bencana kebakaran hutan yang disifatkan terburuk dalam sejarah dengan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan darurat nasional. Netanyahu turut memberi amaran kebakaran hutan besar yang sedang marak di sekitar Baitulmuqaddis berpotensi merebak ke dalam kota suci itu dengan pasukan bomba bertungkus-lumus mengawal api marak yang mencederakan beberapa orang. Asap tebal kelihatan menyelimuti lebuh raya berhampiran Baitulmuqaddis, memaksa pasukan tentera turut dikerahkan untuk membantu operasi menyelamat. Agensi penyelamat Magen David Adom (MDA) memaklumkan, setakat ini, 23 orang menerima rawatan, 13 daripadanya dibawa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya