Kapal bawa aktivis, bantuan ke Gaza diserang dron

Kapal bawa aktivis, bantuan ke Gaza diserang dron Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VALLETTA: Sebuah kapal membawa bantuan kemanusiaan dan aktivis menuju ke Gaza dibom oleh dron Israel ketika berada di perairan antarabangsa Malta pada awal Jumaat, lapor pertubuhan bantuan antarabangsa.

Gabungan Freedom Flotilla memuat naik rakaman video menunjukkan kebakaran berlaku selepas serangan dron menyasarkan bahagian generator kapal itu yang turut membawa bersama aktivis hak asasi manusia antarabangsa dari 21 negara.

Menurut Reuters, kapal itu mengeluarkan panggilan kecemasan selepas dilanggar di kawasan perairan kira-kira 31.5 kilometer di timur Malta, di mana Cyprus bertindak balas dengan menghantar sebuah kapal.

“Dron bersenjata menyerang bahagian hadapan kapal awam yang tidak bersenjata dua kali, menyebabkan kebakaran dan kerosakan besar di badan kapal.

“Duta-duta Israel mesti dipanggil dan menjawab pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk sekatan berterusan dan pengeboman kapal awam kami di perairan antarabangsa,” kata pertubuhan itu dalam catatan di media sosial.

Kerajaan Malta dalam satu kenyataan berkata, semua aktivis di dalam kapal tersebut disahkan selamat.

“Kapal itu mempunyai 12 anak kapal dan empat penumpang awam tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Bot tunda tiba di lokasi kejadian dan memulakan operasi memadam kebakaran. Menjelang 1.28 pagi (waktu tempatan), kebakaran dilaporkan terkawal. Sebuah kapal peronda Angkatan Tentera Malta turut dihantar untuk memberikan bantuan lanjut.

“Menjelang 2.13 pagi (waktu tempatan), semua anak kapal disahkan selamat tetapi enggan menaiki kapal tunda. Kapal itu kekal di luar perairan wilayah dan dipantau oleh pihak berkuasa yang berwibawa,” kata kenyataan itu.

Gabungan itu berkempen untuk menamatkan sekatan Israel ke atas Gaza.

Serangan tentera rejim ke atas wilayah itu sudah membunuh lebih 52,000, menurut pegawai kesihatan Palestin.

Satu lagi kapal gabungan tersebut dalam misi yang sama ke Gaza pada 2010 dihentikan dan dinaiki oleh tentera Israel dengan sembilan aktivis dilaporkan meninggal dunia dalam insiden itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya