BANGKOK: Seorang lelaki bersenjata menembak mati tiga individu termasuk kanak-kanak di daerah Tak Bai di wilayah Narathiwat.
Menurut polis, mangsa yang maut termasuk seorang lelaki berusia 75 tahun dan kanak-kanak perempuan berumur Sembilan tahun.
“Seorang daripada mangsa maut di lokasi kejadian manakala dua lagi terbunuh akibat kecederaan dialami di hospital,” kata pegawai polis Watthana Thurarat.
Katanya, insiden itu juga menyaksikan dua orang cedera.
Polis masih memburu suspek dan motif serangan belum dikenal pasti.