Israel tahan 17,000 rakyat Palestin di Tebing Barat sejak Oktober 2023 - Utusan Malaysia

Israel tahan 17,000 rakyat Palestin di Tebing Barat sejak Oktober 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Sejak 7 Oktober 2023, rejim Israel menahan seramai 17,000 rakyat Palestin di Tebing Barat, menurut laporan Persatuan Tahanan Palestin seperti dipetik oleh Agensi Berita Jordan (Petra).

Angka itu tidak termasuk ribuan lagi penahanan yang berlaku di Semenanjung Gaza dalam tempoh sama.

Laporan tersebut dikeluarkan sempena ulang tahun ke-77 Nakba iaitu hari memperingati pengusiran besar-besaran rakyat Palestin pada 1948 yang menyaksikan penubuhan negara haram Israel.

Dalam satu kenyataan Persatuan Tahanan Palestin menyatakan bahawa gelombang penahanan sewenang-wenangnya mencapai kemuncak sejak serangan Israel terhadap Gaza bermula Oktober lalu.

Sehingga kini, seramai 66 tahanan Palestin dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan Israel dan pihak berkuasa penjara didakwa mengamalkan penyeksaan sistematik, kelaparan serta penafian hak asasi terhadap tahanan.

Menurut statistik terkini, lebih 10,100 rakyat Palestin kini ditahan di penjara-penjara Israel.

Angka ini merangkumi 37 wanita, lebih 400 kanak-kanak, serta 3,577 tahanan pentadbiran iaitu mereka yang ditahan tanpa sebarang tuduhan rasmi atau perbicaraan.

Penahanan pentadbiran terhadap rakyat Palestin telah menjadi amalan biasa dan sistematik rejim Zionis yang sering dikecam pelbagai organisasi hak asasi manusia sebelum ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN