TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa tenteranya ‘mungkin’ sudah membunuh pemimpin de facto Hamas di Gaza yang sukar dikesan, Mohammed Sinwar. “Kami sudah menghapuskan puluhan ribu pengganas. Kami juga menghapuskan pemimpin Hamas seperti Deif, Haniyeh, Yahya Sinwar, dan kemungkinan juga Mohammed Sinwar,” kata Netanyahu dalam sidang media pertamanya sejak beberapa bulan lalu. Mohammed Sinwar, adik kepada bekas ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar yang terbunuh dalam serangan Israel pada Oktober lalu menjadi sasaran dalam satu siri serangan udara besar-besaran ke atas Hospital Eropah di Khan Younis minggu lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya