KAHERAH: Israel akan melonggarkan sekatan dan membenarkan bekalan makanan terhad memasuki Semenanjung Gaza selepas tentera rejim itu memulakan operasi darat besar-besaran di utara dan selatan wilayah tersebut. Langkah itu diambil ketika Israel menghadapi tekanan antarabangsa yang semakin meningkat berikutan sekatan bantuan kemanusiaan sejak Mac lalu serta amaran kebuluran yang semakin buruk di wilayah itu. Rejim itu memperhebat serangan ketenteraan terhadap Gaza dengan ratusan orang terbunuh dalam tempoh seminggu lalu, termasuk sekurang-kurangnya 150 kematian dalam serangan semalaman. “Atas saranan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan demi keperluan operasi untuk meluaskan pertempuran bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya