HELSINKI: Finland memantau teliti pergerakan Russia di sempadan dan bersedia menghadapi kemungkinan paling buruk, termasuk diserang negara itu, menurut Ketua Strategi Angkatan Pertahanan Finland, Mejar Jeneral Sami Nurmi. Beliau berkata, pihaknya menjangkakan Russia akan terus menambah tenteranya di sepanjang sempadan selepas perang di Ukraine tamat susulan laporan Moscow memperkukuh pangkalan tenteranya berhampiran sempadan Pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Pada Rabu, Pengawal Sempadan Finland mengumumkan mereka sudah menyiapkan 35 kilometer (km) pertama daripada pagar sepanjang 200km yang dirancang di sempadan timur dengan Russia. Sempadan itu ditutup lebih setahun selepas Helsinki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya