EU sasar tarik saintis AS berhijrah ke Eropah

EU sasar tarik saintis AS berhijrah ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perancis dan Kesatuan Eropah (EU) menggandakan usaha menarik saintis dan penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) yang terjejas susulan tindakan pentadbiran Donald Trump terhadap sektor akademik, menerusi pengumuman insentif baharu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron bersama Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menerusi ucapan di Universiti Sorbonne, Paris mengumumkan pelbagai bentuk perlindungan dan dorongan bagi penyelidik yang ingin memindahkan kerjaya mereka ke benua tersebut.

Majlis yang dinamakan ‘Choose Europe for Scien­ce’ itu adalah lanjutan usaha membuka pintu Eropah kepada golongan akademik dari AS yang kini berdepan cabaran berikutan pemotongan besar-besaran dana kerajaan Persekutuan kepada universiti dan institusi penyelidikan.

Pejabat Élysée dalam kenyataan berkata, lang­kah itu diambil ketika kebebasan akademik ber­depan pelbagai ancaman dan ketika Eropah menjadi benua yang semakin menarik.

Perancis amat berminat menarik saintis dalam bidang ke­sihatan khususnya pe­nyakit berjangkit serta penyelidik iklim dan ke­pintaran buatan (AI).

Langkah ini turut disokong 13 negara EU termasuk Jerman dan Sepanyol yang dalam surat kepada Suruhanjaya Eropah baru-baru ini menggesa tindakan segera diambil bagi menarik bakat akademik ke benua itu.

Perancis sendiri melancarkan inisiatif ‘Choose France for Science’ pada April lalu, termasuk menubuhkan sebuah platform permohonan khas untuk menerima penyelidik antarabangsa.

Kementerian Penyelidikan Perancis memaklumkan terdapat beberapa penyelidik asing sudah pun tiba di negara itu untuk meninjau kemudahan sedia ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya