CANNES: Dua ekor paus pembunuh (orca) dan 12 ikan lumba‑lumba terperangkap dalam keadaan daif di sebuah taman marin terbengkalai di selatan Perancis sejak Januari lalu. Rakaman dron yang didedahkan kumpulan aktivis haiwan antarabangsa, TideBreakers, menunjukkan dua paus itu—Wikie, 23, dan anaknya Keijo yang berusia 11 tahun—berenang tanpa arah di kolam dalam kawasan Marineland Antibes, berhampiran Cannes, Perancis. Rakaman sama turut memaparkan kolam berlumut yang menempatkan ikan lumba‑lumba lain dalam keadaan tidak terurus sejak taman tersebut menutup operasinya pada 5 Januari, susulan penguatkuasaan undang-undang Perancis yang melarang pertunjukan haiwan cetacea seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya