Darah lelaki 'kebal bisa' bantu hasilkan penawar ular

Darah lelaki ‘kebal bisa’ bantu hasilkan penawar ular

TIM Friede bersama seekor ular peliharaannya di kediamannya di Wisconsin, AS.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan penawar bisa ular yang berkesan dengan menggunakan antibodi daripada darah seorang lelaki yang dipatuk ratusan kali oleh ular berbisa.

Penawar atau dipanggil antivenom itu mampu melindungi tikus makmal daripada bisa 19 spesies ular berbisa termasuk ular tedung selar.

Penawar tersebut menggabungkan ubat sedia ada bernama varespladib dengan antibodi tiruan yang dihasilkan daripada antibodi dalam sel darah seorang pengumpul ular dari Amerika Syarikat (AS), Tim Friede. 

Friede secara sukarela menyuntik dirinya dengan lebih 600 dos bisa ular selama 18 tahun dalam usaha membina daya tahan tubuh terhadap bisa tersebut. 

Sepanjang tempoh itu, beliau juga dipatuk kira-kira 200 kali oleh ular berbisa.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cell itu dianggap sebagai langkah penting ke arah penghasilan antivenom sejagat, satu penawar yang mampu merawat pelbagai jenis bisa ular. 

Usaha tersebut amat penting memandangkan lebih 140,000 orang mati setiap tahun akibat gigitan ular, manakala tiga kali ganda jumlah itu mengalami kecacatan kekal atau terpaksa menjalani pemotongan anggota.

Namun Ketua Eksekutif Syarikat Bioperubatan Centivax yang berpusat di South San Francisco, Jacob Glanville menjelaskan, penggunaan darah Friede menimbulkan persoalan etika kerana ia melibatkan eksperimen berbahaya yang pernah dilakukannya.

“Kami tidak menasihati Friede untuk melakukannya dan tiada sesiapa lagi perlu mengulanginya kerana kami kini sudah memiliki semua molekul yang diperlukan.

“Bisa ular adalah amat berbahaya dan kami memberi amaran agar orang ramai tidak meniru tindakan Friede,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya