Cuaca panas musim haji, Kementerian Kesihatan Indonesia nasihat jemaah kekal hidrat - Utusan Malaysia

Cuaca panas musim haji, Kementerian Kesihatan Indonesia nasihat jemaah kekal hidrat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia menasihatkan semua jemaah haji negara itu sentiasa menjaga kesihatan diri, khususnya dari segi pengambilan air, berikutan suhu panas  yang melanda Tanah Suci pada musim haji tahun ini.

Menurut Ketua Pusat Kesihatan Haji Kemenkes, Liliek Marhaendro Susilo, suhu di Madinah dijangka mencecah sehingga 41 darjah Celsius pada siang hari dan menurun kepada 20 darjah Celsius pada waktu malam.

Katanya, tahun ini merupakan musim haji terakhir yang diadakan pada musim panas sebelum ia berganjak ke musim lain sekurang-kurangnya untuk tempoh 16 tahun akan datang.

“Minumlah oralit setiap hari, terutama selepas menunaikan umrah wajib agar cecair dalam tubuh tidak merosot,” katanya dalam kenyataan di Jakarta hari ini.

Beliau mengakui masih ramai jemaah mengelak daripada minum kerana bimbang kesukaran mengakses tandas yang jauh di sekitar Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Justeru, beliau menyarankan jemaah minum sedikit demi sedikit, seperti satu teguk setiap 10 hingga 15 minit, berbanding minum dalam jumlah besar secara sekaligus.

Kementerian Kesihatan juga membekalkan beg kecil yang mengandungi pelitup muka, ubat-ubatan, dan penyembur air kepada setiap jemaah.

Jemaah juga digalakkan membawa payung, topi, selipar, serta beg kecil atau kantung khas untuk menyimpan sandal masing-masing.

“Ramai jemaah yang meninggalkan sandal di luar masjid sehingga hilang. Ini menyebabkan mereka terpaksa berjalan kaki tanpa alas dan berisiko melecur atau cedera akibat lantai yang panas,” ujarnya.

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan ekstrem, pihak berkuasa kesihatan Indonesia menasihatkan agar semua jemaah sentiasa berwaspada, menjaga kesihatan diri dan mengikuti panduan yang telah ditetapkan demi memastikan ibadah haji dapat dilaksanakan dengan selamat dan sempurna. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya