WASHINGTON: Agensi Perisikan Pusat (CIA) menjadi agensi perisikan pertama Amerika Syarikat (AS) yang bersetuju menyertai program pemberhentian kerja sukarela yang dimulakan oleh Presiden Donald Trump.
The Washington Post melaporkan, agensi berkenaan merancang memberhentikan seramai 1,200 kakitangan secara berperingkat.
Jurucakap CIA tidak mengesahkan perkara berkenaan namun memaklumkan, Pengarahnya, John Ratcliffe ‘sentiasa mengambil pendekatan yang mengutamakan kepentingan negara’.
“Langkah itu adalah sebahagian daripada strategi holistik untuk menyemai CIA dengan tenaga kerja baharu, memberi peluang kepada pekerja yang berpotensi menjadi pemimpin, sekali gus meletakkan agensi itu di kedudukan terbaik dalam melaksanakan misinya,” menurut jurucakap tersebut.
Ratcliffe sebelum ini memberitahu, di bawah kepemimpinannya, agensi itu akan menghasilkan daya kerja yang proaktif, tidak berat sebelah dengan melebihkan mana-mana pihak atau bersifat peribadi.
“Kami akan menghasilkan tenaga kerja yang cekap tidak berapa sukar dan banyak masa yang diperlukan.
“CIA akan melakukan tugasan yang sewajarnya dan mematuhi arahan Presiden.
“Jika semua ini kelihatan seperti apa yang anda bayangkan sebelum ini, maka bersedialah untuk membuat perubahan. Jika tidak, sudah tiba masanya untuk mencari pekerjaan baharu,” katanya. – AFP