Burung belatuk ‘Thor’ serang 25 kenderaan di Massachusetts

Burung belatuk serang 25 kenderaan di Massachusetts

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROCKPORT: Sebuah bandar di Massachusetts diserang seekor burung belatuk yang menyebabkan kerosakan kepada lebih 25 kenderaan.

Penduduk tempatan, Janelle Favaloro berjaya merakam gambar burung itu ketika mematuk sebuah kenderaan dengan paruhnya yang kuat seperti tukul.

“Kita ada perosak di kejiranan ini. Burung itu setinggi 45 hingga 60 sentimeter, berwarna hitam putih dengan ‘topi’ merah,” katanya di media sosial.

Burung itu dipercayai tertarik dengan pantulan imejnya sendiri pada cermin sisi dan tingkap kenderaan.

Ada penduduk mula membalut cermin sisi dengan plastik atau pakaian untuk mengelakkan kerosakan.

Seorang penduduk, Mike Foster berkata, cermin tingkap trak miliknya retak akibat diserang burung itu walaupun ketika beliau berada di dalamnya.

Pakar dari Universiti Brown, Matthew Fuxjage menjelaskan, burung belatuk menjadi lebih agresif pada musim mengawan kerana sifat mempertahankan kawasan mereka.

“Mereka sangat kuat seperti tukul yang hidup,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya