Bodoh jika tidak terima hadiah pesawat dari Qatar - Trump - Utusan Malaysia

Bodoh jika tidak terima hadiah pesawat dari Qatar – Trump

DONALD Trump mendengar soalan daripada media di Pejabat Oval di Rumah Putih, Washington, Amerika Syarikat. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mempertahankan keputusan menerima sebuah pesawat daripada Qatar untuk digunakan sebagai Air Force One, dengan menyatakan adalah ‘bodoh untuk menolak tawaran itu.

Tawaran dari keluarga diraja Qatar untuk mendermakan pesawat Boeing 747-8 bernilai AS$400 juta telah mencetuskan kebimbangan berhubung etika dan keselamatan negara. Namun, Trump, 78, menepis kebimbangan tersebut.

“Ia satu isyarat yang baik,” kata Trump kepada wartawan di Ruma Putih apabila ditanya sama ada negara kaya minyak itu mengharapkan balasan.

“Saya bukan jenis orang yang akan menolak tawaran begitu. Saya boleh jadi orang bodoh dan kata ‘tidak, kami tak mahu pesawat mahal yang diberikan secara percuma,” katanya.

Tawaran tersebut hadir selepas Trump berulang kali menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kelewatan dan kos melampau dalam kontrak Boeing untuk menyediakan dua pesawat baharu Air Force One.

Trump turut naik angin apabila ditanya sama ada beliau akan menggunakan pesawat tersebut untuk kegunaan peribadi selepas menamatkan penggal sebagai presiden.

“Soalan itu memalukan,” jawab beliau kepada seorang wartawan.

“Mereka beri kami jet percuma. Saya boleh kata ‘tidak, tak perlu, saya nak bayar AS$1 bilion atau AS$400 juta’. Atau saya boleh kata, ‘terima kasih banyak’,” katanya.

Trump menjelaskan, pesawat itu kelak akan dipamerkan di perpustakaan Presidennya, seperti mana perpustakaan Ronald Reagan yang mempamerkan Air Force One lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN