‘Bila-bila masa kami akan kehilangan Siwar’

‘Bila-bila masa kami akan kehilangan Siwar’

BAYI Palestin, Siwar Ashour mengalami malnutrisi akibat sekatan kemanusiaan di Semenanjung Gaza oleh Israel. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Siwar Ashour, bayi perempuan Palestin berusia enam bulan merupakan antara kanak-kanak yang kekurangan nutrisi akibat kebuluran di Semenanjung Gaza, menyaksikan tubuhnya kurus kering dan tidak bermaya.

Siwar hanya seberat 2.5 kilogram ketika dilahirkan pada 20 November tahun lalu, jauh di bawah berat normal bayi.

Sejak lahir, dia mengalami masalah pada saluran esofagus yang menyukarkan dirinya menyusu badan, memaksanya bergantung sepenuhnya kepada susu formula khas yang kini semakin sukar diperoleh akibat sekatan penuh Israel ke atas Gaza.

Kediaman keluarganya di al-Nuseirat dibom tidak lama selepas perang meletus pada Oktober 2023, apabila Hamas melancarkan serangan yang mengorbankan kira-kira 1,200 nyawa di Israel dan sejak itu, serangan balas tentera negara tersebut telah mengorbankan lebih 52,000 rakyat Palestin.

Keluarga kecil ini pernah berlindung di khemah, namun kem pelarian itu turut menjadi sasaran serangan udara rejim Zionis.

Mereka kemudiannya kembali ke rumah datuk Siwar di al-Nuseirat, namun kediaman itu juga dibom dan hanya tinggal satu bilik yang terpaksa dikongsi bersama 11 individu lain itulah tempat Siwar dilahirkan.

“Saya sangat letih. Tiada privasi, tiada rehat. Makanan pun tiada. Bila saya lahirkan Siwar, dia memang tak seperti bayi lain.

“Dia cantik waktu lahir, walaupun badannya lemah. Tapi kini, dia terlalu kurus. Bayi seusianya sepatutnya seberat sekurang-kurangnya enam kilogram, tapi Siwar hanya sekitar dua hingga empat kilogram.

“Jika keadaan masih begini, kami mungkin kehilangan Siwar pada bila-bila masa,” kata ibunya, Najwa Aram, 23.

Najwa yang kini terpaksa berpindah ke Khan Younis untuk tinggal bersama ibunya, namun sebahagian besar masanya kini dihabiskan di hospital menjaga Siwar.

Suaminya, Saleh, seorang lelaki buta, terpaksa tinggal di al-Nuseirat dan hanya sempat melawat anaknya sekali kerana kesukaran bergerak tanpa bantuan.

Keluarga itu tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan dan hanya bergantung kepada dapur kebajikan dan bantuan kemanusiaan, yang kini semakin berkurangan akibat sekatan yang sudah menjangkau hampir 70 hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN