AS tidak yakin Russia, Ukraine akan berdamai

AS tidak yakin Russia, Ukraine akan berdamai

PRESIDEN Ukraine, Volodymyr Zelensky (kiri) bertemu dengan rakan sejawatnya, Recep Tayyip Erdogan di Ankara, Turkiye, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio, mengakui beliau tidak meletakkan harapan tinggi rundingan antara Russia dan Ukraine di Istanbul, Turkiye akan membuahkan hasil.

Pandangan itu dilontarkan selepas kedua-dua negara saling mengkritik antara satu sama lain menjelang rundingan itu.

Presiden Russia, Vladimir Putin tidak hadir ke Istanbul manakala Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensiy juga mengambil langkah sama dan hanya menghantar Menteri Pertahanannya.

Terdahulu, hari pertama rundingan damai baharu antara Russia dan Ukraine di Istanbul semalam berakhir, menandakan hubungan langsung peringkat tertinggi sejak 2022.

Menurut sumber Kementerian Luar Turkiye yang dipetik oleh Anadolu Ajansi (AA), siri pertemuan dijangka diteruskan pada Jumaat melibatkan delegasi Russia, Ukraine, AS dan Turkiye.

Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan, dijangka menjadi tuan rumah kepada Rubio, Menteri Pertahanan Ukraine Rustem Umerov dan Penolong Presiden Russia Vladimir Medinsky.

Rundingan yang difasilitasi oleh Turkiye itu merupakan percubaan pertama perbincangan langsung antara kedua-dua negara sejak 2022.

Presiden AS, Donald Trump sebelum ini juga mengakui kemajuan untuk mengakhiri perang tidak mungkin berlaku sehingga beliau sendiri dapat bertemu Putin.

“Saya tidak percaya apa-apa akan berlaku, suka atau tidak, sehingga beliau (Putin) dan saya bertemu,” kata Trump kepada wartawan di dalam pesawat Air Force One.

Zelensky pula mendakwa Russia tidak serius dalam menamatkan perang yang sudah berlarutan sejak Februari 2022.

“Malangnya, mereka tidak menganggap rundingan sebenar ini secara serius,” kata Zelensky kepada wartawan selepas bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Delegasi Russia diketuai oleh Medinksy, seorang penasihat kepada Putin.

Pelantikan Medinsky sebagai ketua perunding Russia menunjukkan Moscow tidak bercadang membuat sebarang konsesi.

Walaupun Mendinsky seorang penasihat tegar kepada Putin, namun beliau bukanlah pembuat keputusan utama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN