Air France, Lufthansa elak ruang udara Pakistan

Air France, Lufthansa elak ruang udara Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Air France dan Lufthansa dari Jerman antara syarikat penerbangan antarabangsa yang mengelak menggunakan ruang udara Pakistan ketika ketegangan antara India dan negara itu memuncak susulan serangan maut di Kashmir bulan lalu.

India menutup ruang udaranya kepada syarikat penerbangan Pakistan, manakala Pakistan pula melarang pesawat milik atau dikendalikan oleh India, menggantung perdagangan dan menghentikan visa khas untuk rakyat India namun masih membenarkan syarikat penerbangan antarabangsa menggunakan ruang udaranya.

Kumpulan Lufthansa dalam satu kenyataan kepada Reuters berkata, syarikat penerbangannya mengelak daripada menggunakan ruang udara Pakistan sehingga diberitahu kelak, walaupun langkah itu menyebabkan masa penerbangan ke destinasi di Asia menjadi lebih lama.

Data turut menunjukkan beberapa penerbangan syarikat seperti British Airways, Swiss International Air Lines dan Emirates terpaksa menghala ke utara ke arah Delhi selepas terbang melalui Laut Arab, bagi mengelak ruang udara Pakistan.

Air France juga akan mengubah jadual dan laluan penerbangannya ke destinasi seperti Delhi, Bangkok dan Ho Chi Minh yang mengakibatkan masa penerbangan lebih panjang.

Swiss, anak syarikat Lufthansa berkata, mereka akan membenarkan penumpang yang terlepas penerbangan sambungan untuk menempah semula secara percuma.

Selain menanggung jarak penerbangan lebih jauh dan kos bahan api meningkat, Pakistan juga mengalami penyusutan pendapatan daripada yuran penerbangan lintas ruang udara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN