'77 tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir dari tanah sendiri' - Utusan Malaysia

’77 tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir dari tanah sendiri’

PENDUDUK Palestin sudah tidak mempunyai tempat lagi untuk berpindah selepas tentera Israel menguasai lebih separuh daripada Semenanjung Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Kira-kira 90 peratus daripada 2.4 juta penduduk Gaza dipindahkan secara paksa akibat serangan Israel yang berterusan terhadap wilayah itu, kata Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Rakyat Palestin pada Khamis memperingati ulang tahun ke-77 pengusiran mereka dari bandar-bandar di Palestin susulan penubuhan Israel.

“Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dari bandar dan kampung mereka. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakba,” kata UNRWA dalam satu kenyataan.

“77 kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.”

Agensi pelarian itu berkata, konflik berkenaan menyebabkan 90 peratus penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

“Sebahagian daripada mereka telah diusir sebanyak 10 kali atau lebih,” katanya.

Sejak Oktober 2023, tentera Israel melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza, mengakibatkan lebih 53,000 rakyat Palestin terbunuh setakat ini, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN