30 cedera lebah serang pengunjung di kuil Thailand

30 cedera lebah serang pengunjung di kuil Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Satu majlis keagamaan di kuil Wat Bandai Ma, daerah Pak Chong di wilayah Nakhon Ratchasima bertukar kecoh apabila sekumpulan lebah menyerang para hadirin, menyebabkan lebih 30 orang cedera, termasuk seorang yang parah.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.54 tengah hari (waktu tempatan) semalam ketika majlis upacara perlantikan sami baharu, Theeraphat Harnkhokkruad atau lebih dikenali sebagai Ohm.

Insiden bermula apabila belon mainan yang dibawa seorang kanak-kanak secara tidak sengaja melanggar sarang lebah besar di bumbung kuil.

Lebah-lebah itu menjadi agresif dan menyerang tetamu yang hadir, menyebabkan ramai penduduk tempatan dan pelawat cedera dengan kesan sengatan pada bahagian kepala, leher, lengan, badan, mata dan muka.

Empat orang mengalami kecederaan serius dan seorang daripada mangsa, Sa-ngat Thongsa-nga dilaporkan disengat hampir 100 kali hingga mengalami kesukaran bernafas.

Pasukan kecemasan segera membawa mangsa-mangsa ke Hospital Pak Chong Nana untuk rawatan.

Petugas perubatan memberi tumpuan untuk mengeluarkan sengat lebah dan memantau keadaan Sa-ngat yang kini ditempatkan di unit rawatan rapi.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya