17 maut bangunan kedai terbakar akibat litar pintas

17 maut bangunan kedai terbakar akibat litar pintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam insiden kebakaran besar di sebuah bangunan kedai di bandar Hyderabad, India, menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Kebakaran tersebut berlaku awal pagi Ahad di sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan sebuah kedai barang kemas akibat masalah litar pintas.

Jabatan Tindak Balas Kecemasan dan Pertahanan Awam Telangana memaklumkan menerima panggilan kecemasan sejurus selepas pukul 6 pagi (waktu tempatan).

“Kebakaran bermula di tingkat bawah dan merebak ke tingkat atas. Usaha memadam api serta operasi mencari dan menyelamat dijalankan serentak,” kata kenyataan itu.

Jabatan tersebut turut menyenaraikan nama-nama 17 individu yang terkorban dalam insiden tersebut termasuk enam kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

Perdana Menteri India, Narendra Modi melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi itu dan mengumumkan bayaran pampasan sebanyak 200,000 rupee (RM10,037) kepada waris setiap mangsa.

“Saya amat sedih dengan kehilangan nyawa akibat tragedi kebakaran di Telangana. Takziah kepada keluarga mangsa. Semoga semua yang cedera segera sembuh,” tambahnya.

Kebakaran merupakan kejadian yang sering berlaku di India berikutan amalan pembinaan yang lemah, kepadatan bangunan dan ketidakpatuhan terhadap peraturan keselamatan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN