NEW ORLEANS: Seramai 10 tahanan meloloskan iri dari Penjara New Orleans semalam dengan melarikan diri melalui lubang di belakang tandas dan memanjat dinding semasa pengawal penjara ‘pergi mendapatkan makanan’.
Sembilan daripada banduan yang melarikan diri itu masih dibicarakan dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan terdapat ‘orang dalam’ terlibat dalam insiden tersebut.
Rakaman pengawan yang dikongsi bersama media menunjukkan kumpulan banduan berkenaan berlari keluar dengan sebahagian mereka memakai baju jingga dan putih.
Mereka memanjat pagar, menggunakan selimut untuk mengelak kecederaan dari dawai duri, malah ada di antara mereka berlari laju ke arah sempadan negeri.
Imej yang diperoleh The Associated Press menunjukkan terdapat lubang di belakang tandas di dalam sel yang didiami kumpulan banduan berkenaan.
Kehilangan 10 banduan itu juga hanya disedari selepas beberapa jam mereka meloloskan diri.
Situasi itu hanya disedari Ketika rutin pengiraan banduan dilakukan tidak lama kemudian.
Seorang daripada tahanan, Kendall Myles, 20 dapat ditahan semula selepas dikejar pasukan polis.
Syerif Parish Orleans, Susan Hutson berkata, insiden itu mungkin berlaku kerana sistem kunci rosak dan terdapat penglibatan orang dalam.
“Tiasa sesiapa dapat keluar daripada penjara ini tanpa melepasi sistem keselamatan dan kawalan yang ketat dan untuk melepasinya, perlu ada bantuan orang dalam,” katanya.