Usir pendatang: Mahkamah Agung AS sekat tindakan Trump - Utusan Malaysia

Usir pendatang: Mahkamah Agung AS sekat tindakan Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) menyekat tindakan Presiden Donald Trump menggunakan undang-undang lapuk untuk menghantar pulang migran Venezuela tanpa proses perundangan sewajarnya.

Keputusan itu buat sementara waktu menghalang kerajaan daripada terus menghantar pulang migran di bawah Akta Musuh Asing 1798 yang kali terakhir digunakan untuk menahan warganegara AS keturunan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Di bawah Akta Musuh Asing yang sebelum ini hanya digunakan semasa Perang 1812, Perang Dunia Pertama dan Kedua, Trump menggunakan akta itu bulan lalu untuk menghantar migran Venezuela yang dituduh menyertai geng mafia ke penjara berprofil tinggi di El Salvador tanpa dibicarakan.

Keputusan mahkamah tercetus selepas rancangan kerajaan pada Jumaat untuk menghantar pulang puluhan lagi migran Venezuela di bawah akta berkenaan yang mana mereka dihantar pulang tanpa peluang untuk mendengar bukti atau mencabar kes.

Mahkamah menyatakan kerajaan diarahkan untuk tidak mengeluarkan mana-mana tahanan dari AS sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan.

Trump mempertahankan tindakan penghantaran pulang segera dan penahanan individu di El Salvador dengan mendakwa beliau sedang memerangi geng jenayah ganas Venezuela yang kini dikelaskan sebagai kumpulan pengganas oleh kerajaan AS.

Namun dasar ini membangkitkan kebimbangan pihak pembangkang bahawa Presiden Republikan itu mengabaikan perlembagaan AS dalam usaha lebih luas untuk berkuasa.

Kontroversi berkenaan Akta Musuh Asing berlaku ketika pentadbiran Trump melancarkan serangan terhadap firma guaman besar, universiti termasuk Harvard, serta media arus perdana bebas.

Pertubuhan American Civil Liberties Union (ACLU) yang mempelopori usaha menghentikan rancangan penghantaran pulang pada Jumaat, menyambut baik keputusan Mahkamah Agung.

Trump memenangi pilihan raya November lalu dengan sebahagian besar atas janji memerangi apa yang digelarnya sebagai ‘pencerobohan’ migran jenayah.

Retorik Trump tentang pendatang haram digambarkan sebagai perogol dan pembunuh berjaya mempengaruhi pengundi yang bimbang dengan tahap migran haram yang tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya