UK saman Google RM29 bilion kerana salah guna kuasa dominan - Utusan Malaysia

UK saman Google RM29 bilion kerana salah guna kuasa dominan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Firma gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Google, disaman sebanyak 5 bilion pound (RM29 bilion) di United Kingdom (UK) bagi dakwaan menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam pasaran enjin carian.

Menurut laporan Sputnik/RIA Novosti, saman yang difailkan di Tribunal Rayuan Persaingan UK itu mendakwa Google menyekat persaingan secara tidak adil untuk meningkatkan pendapatan daripada iklan carian dalam talian.

Gergasi internet itu didakwa membolot sektor itu dengan menggunakan ‘penguasaan hampir sepenuhnya’ dalam pasaran, menurut laporan CNBC.

Tuntutan berkenaan difailkan oleh ratusan ribu syarikat yang berpangkalan di UK dan telah menggunakan perkhidmatan iklan carian Google sejak 2011, kata laporan itu.

Plaintif mendakwa syarikat teknologi AS itu menyalahgunakan kedudukannya dengan menyekat operasi enjin carian pesaing, sekali gus menjadikan platform miliknya satu-satunya tempat bagi tujuan pengiklanan.

Google turut didakwa membuat perjanjian dengan pengeluar telefon pintar untuk memasang awal enjin carian Google dan pelayar Chrome dalam peranti Android, serta membayar berbilion dolar kepada Apple bagi menjadikan Google sebagai enjin carian yang ditetapkan dalam pelayar Safari.

Pada 23 Januari lepas, kerajaan UK menerbitkan kenyataan daripada Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran UK (CMA) yang memaklumkan pihaknya akan melancarkan siasatan terhadap Google dan Apple bagi menilai kesan penguasaan pasaran mereka terhadap persaingan.

CMA menyatakan bahawa semua peranti mudah alih yang dijual di UK didatangkan dengan sistem iOS atau Android, menjadikan stor aplikasi dan pelayar kedua-dua syarikat itu berada pada kedudukan eksklusif atau dominan.

Justeru, tidak seperti produk alternatif lain, Google dapat mempengaruhi sebahagian besar kandungan, perkhidmatan dan aplikasi yang dimuat turun oleh pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya