Trump mungkin dihalang berucap di Parlimen UK - Utusan Malaysia

Trump mungkin dihalang berucap di Parlimen UK

DONALD Trump bersama isterinya, Melania. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Beberapa ahli Parlimen dan anggota Dewan Negara United Kingdom (UK) menggesa supaya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak dibenarkan berucap di Parlimen ketika lawatannya ke negara itu pada September ini.

Trump sebelum ini berkata, Istana Buckingham akan menetapkan tarikh kunjungan rasmi beliau ke Britain, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan wakil rakyat negara tersebut.

Menurut laporan The Times, satu mesej dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Negara, John McFall menyuarakan bantahan terhadap cadangan Trump berucap di Parlimen.

Beberapa Presiden AS yang pernah berucap di Parlimen UK adalah Barack Obama, Ronald Reagan dan Bill Clinton.

“Jika terdapat cadangan Trump dijemput berucap di kedua-dua Dewan Parlimen, saya berharap anda dan Lindsay Hoyle (Yang Dipertua Dewan Rakyat) akan mencadangkan ia tidak sesuai dalam keadaan sekarang, memandangkan pendiriannya terhadap UK, demokrasi berparlimen, Pakatan NATO dan isu Ukraine,” menurut intipati dari mesej tersebut.

Usaha menyekat Trump daripada berucap di Parlimen diketuai oleh George Foulkes, yang pernah menjadi menteri semasa pentadbiran Perdana Menteri Tony Blair.

Foulkes berkata, kerajaan tidak patut menyambut pemimpin yang bersifat antidemokratik dan sering mencabar sistem kehakiman serta kedaulatan undang-undang.

“Beliau juga gagal mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine – sesuatu yang telah dilakukan oleh semua parti politik di Parlimen UK,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya