Tilam bebaskan bahan kimia beracun ketika bayi tidur

Tilam bebaskan bahan kimia beracun ketika bayi tidur

BAHAN kimia beracun pada tilam bayi boleh menjejaskan perkembangan otak serta hormon.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Kajian terkini mendedahkan tilam dan kelengkapan tidur bayi dan kanak-kanak di pasaran didapati mengeluarkan bahan kimia beracun ketika mereka tidur yang boleh menjejaskan perkembangan otak serta hormon.

Menurut dua kajian terbaharu yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Science and Technology, penyelidik mendapati tilam dan barangan tempat tidur kanak-kanak melepaskan bahan kimia toksik termasuk bahan kalis api dan phthalates yang dikaitkan dengan gangguan hormon serta masalah perkembangan.

“Kami mengukur bahan kimia di udara dalam 25 bilik tidur kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga empat tahun dan mendapati tahap membimbangkan bagi lebih 12 jenis bahan kimia seperti phthalates, bahan kalis api serta penapis UV,” kata Pakar Jabatan Sains Bumi Universiti Toronto, Prof. Miriam Diamond yang mengetuai kajian tersebut.

Kajian susulan oleh pasukan Diamond menguji 16 lagi tilam baharu kanak-kanak dan mendapati ia menjadi punca utama kepada pelepasan bahan kimia tersebut. 

Lebih membimbangkan, simulasi menunjukkan haba badan dan berat kanak-kanak semasa tidur boleh meningkatkan kadar pelepasan bahan toksik ke udara sekitar mereka.

“Sesuatu yang mudah seperti haba badan dan berat anak kecil boleh merangsang pelepasan bahan kimia beracun ini ke udara yang mereka sedut semasa tidur. Satu faktor yang tidak diambil kira dalam piawaian keselamatan sedia ada,” jelas Pengarah Penyelidikan Healthy Babies, Bright Futures, Jane Houlihan kepada CNN.

Walaupun kajian ini tidak menamakan jenama tertentu, penyelidik memaklumkan tilam yang diuji adalah daripada jenama popular dan berharga rendah yang dijual di kedai-kedai besar. 

“Tilam tersebut dibeli di Kanada, tetapi mengandungi bahan dari Amerika Syarikat (AS) dan Mexico  justeru, dapatan ini berkemungkinan besar turut relevan di seluruh Amerika Utara,” tambahnya.

Phthalates adalah bahan kimia yang digunakan dalam ratusan produk harian seperti bekas makanan, syampu, alat solek, minyak wangi dan mainan kanak-kanak namun diketahui boleh mengganggu sistem hormon tubuh manusia.

Penemuan terdahulu menunjukkan phthalates boleh menyebabkan masalah pembiakan seperti kecacatan alat kelamin dan testis dalam kalangan bayi lelaki, selain menurunkan jumlah sperma dan tahap testosteron lelaki dewasa. 

Ia juga dikaitkan dengan obesiti kanak-kanak, asma, penyakit jantung, kematian pramatang dan kanser.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya