Pope Francis meninggal dunia

Pope Francis meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VATICAN CITY: Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis meninggal dunia pada usia 88 tahun, hanya sehari selepas beliau membuat kemunculan yang dinanti-nantikan di Dataran Saint Peter sempena sambutan Easter, menurut kenyataan dari pihak Vatican.

“Saudara dan saudari yang dikasihi, dengan penuh dukacita saya umumkan Bapa Suci kita, Pope Francis, telah meninggal dunia pada pukul 7:35 pagi (waktu tempatan).

“Sepanjang hidupnya, beliau mendedikasikan dirinya sepenuhnya untuk berkhidmat kepada Tuhan dan gereja,” kata Kardinal Kevin Farrell dalam satu kenyataan yang diterbitkan di saluran rasmi Telegram Vatican.

Beliau menggembirakan ribuan jemaah di Vatican ketika sambutan Easter pada Ahad, apabila beliau muncul di balkoni Basilika Saint Peter walaupun masih dalam proses pemulihan daripada sakit yang serius.

Semalam, beliau sempat memberi ucapan tradisinya ‘Urbi et Orbi’ sambi menyeru kepada kebebasan berfikir dan toleransi sesama manusia.

Pope Francis sebelum ini dilaporkan kritikal sebanyak dua kali awal tahun ini akibat radang paru-paru.

Beliau telah dirawat di hospital selama 38 hari sebelum dibenarkan keluar pada 23 Mac lalu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya