Mahmoud Abbas lantik pembantu rapat sebagai pengganti dalam PLO - Utusan Malaysia

Mahmoud Abbas lantik pembantu rapat sebagai pengganti dalam PLO

MAHMOUD ABBAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, melantik pembantu rapat sebagai Naib Presiden pertama Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada Sabtu, sekali gus meletakkannya sebagai calon pengganti kepada pemimpin veteran itu.

Hussein al-Sheikh dilantik oleh Mahnoud, 89, selepas jawatan Naib Presiden diwujudkan dalam satu konvensyen yang diadakan di Ramallah minggu ini.

Langkah mewujudkan jawatan itu dibuat susulan tekanan antarabangsa bertahun-tahun untuk melakukan reformasi dalam PLO.

Keputusan itu juga seiring dengan hasrat kuasa Arab dan Barat membayangkan peranan yang lebih luas untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam pentadbiran selepas perang di Semenanjung Gaza.

“Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, melantik Hussein al-Sheikh sebagai timbalan (naib presiden) kepimpinan PLO,” kata ahli jawatankuasa eksekutif pertubuhan itu, Wasel Abu Yousef kepada AFP.

Ditubuhkan pada 1964, PLO diberi mandat untuk runding dan menandatangani perjanjian antarabangsa bagi pihak rakyat Palestin, manakala PA bertanggungjawab mentadbir urus beberapa bahagian wilayah Palestin.

PLO adalah sebuah pertubuhan payung yang merangkumi beberapa puak Palestin, namun tidak termasuk kumpulan pejuang Hamas dan Jihad Islam, yang kini sedang berperang dengan pasukan Israel di Gaza.

Hussein, 64, adalah pemimpin veteran gerakan Fatah pimpinan Mahmoud yang menguasai PA, dan dianggap sebagai orang kepercayaan presiden itu.

Arab Saudi menyambut baik ‘langkah reformasi’ yang diambil Mahmoud dalam melantik Hussein sebagai timbalannya di PLO serta Negara Palestin, yang diiktiraf oleh hampir 150 negara, menurut pegawai Palestin.

PA kini berada di ambang kejatuhan kewangan, dan selepas serangan Hamas terhadap Israel yang mencetuskan perang di Gaza.

Ini susulan beberapa penderma antarabangsa semakin menegaskan bahawa sokongan kewangan perlu dikaitkan dengan reformasi politik dan institusi yang konkrit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya