Hamas gagal kesan lokasi tebusan akibat serangan Israel

Hamas gagal kesan lokasi tebusan akibat serangan Israel

PENDUDUK Palestin berkumpul di sekitar kawah besar berikutan serangan Israel ke atas bengkel besi di kejiranan Zaytoun di Gaza City, Ahad lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Hamas memaklumkan pihaknya ‘terputus hubungan’ dengan kumpulan yang menahan tebusan Israel-Amerika di Gaza, susulan serangan udara pasukan rejim itu.

Pembebasan tebusan itu dilaporkan menjadi fokus utama dalam cadangan terbaharu Israel untuk memperbaharui gencatan senjata.

Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Obeida berkata, Hamas kini tidak lagi dapat berhubung dengan kumpulan yang menahan askar Edan Alexander selepas serangan berterusan ke atas lokasi mereka.

“Kami masih berusaha menghubungi mereka ketika ini,” katanya dalam kenyataan di Telegram, kelmarin.

Sayap tentera itu kemudiannya mengeluarkan video ditujukan kepada keluarga tebusan yang masih ditahan, memberi amaran bahawa ahli keluarga mereka mungkin pulang bersama keranda sekiranya Israel meneruskan pengeboman ke atas wilayah Gaza.

“Bersedialah. Tidak lama lagi, anak kamu akan pulang dalam keranda hitam dengan tubuh yang hancur akibat serpihan peluru berpandu tentera kamu,” menurut video itu.

Sayap bersenjata Hamas mengeluarkan video pada Sabtu yang menunjukkan Alexander masih hidup, di mana beliau mengkritik kerajaan Israel kerana gagal membebaskannya.

Alexander bertugas dalam unit infantri elit di sempadan Gaza ketika diculik oleh pejuang Palestin semasa serangan pada Oktober 2023.

Askar tersebut, yang menyambut ulang tahun ke-21 semasa dalam tahanan, dilahirkan di Tel Aviv dan dibesarkan di New Jersey, Amerika Syarikat (AS), sebelum kembali ke Israel selepas tamat sekolah menengah untuk menyertai tentera.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporkan melawat utara Gaza kelmarin, ketika tentera rejim itu meneruskan serangan yang disambung semula pada 18 Mac, sekali gus menamatkan gencatan senjata selama dua bulan.

Ketika berucap kepada tentera, Netanyahu mengancam Hamas akan terus ‘menerima tamparan demi tamparan’.AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya