Gagal patuhi keselamatan punca letupan pelabuhan Iran?

Gagal patuhi prosedur keselamatan punca letupan pelabuhan Iran?

SEKURANG-KURANGNYA 70 orang terkorban dalam insiden letupan pelabuhan di Bandar Abbas, Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pihak berkuasa Iran mendedahkan kegagalan mematuhi prinsip keselamatan mungkin menjadi punca awal letupan besar yang meragut sekurang-kurangnya 70 nyawa di pelabuhan Bandar Abbas, Sabtu lalu.

Menurut laporan media Iran, angka kematian meningkat dengan mendadak, sementara lebih 1,000 orang dilaporkan cedera, termasuk 190 yang masih dirawat di hospital, kata Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Pir Hossein Kolivand.

Rakaman video daripada kamera litar tertutup yang dikongsi agensi berita Fars menunjukkan kebakaran kecil bermula di kawasan kontena sebelum letupan besar berlaku, menyebabkan rakaman terputus secara tiba-tiba.

Satu jawatankuasa penyiasat berkata, sebelum letupan berlaku, terdapat kegagalan dalam pematuhan prinsip keselamatan. Namun, siasatan menyeluruh masih diperlukan bagi menentukan punca sebenar insiden tersebut.

“Menentukan punca sebenar insiden ini memerlukan penyiasatan yang menyeluruh meliputi pelbagai aspek teknikal dan makmal,” kata jawatankuasa tersebut.

Kenyataan itu turut menyebut wujudnya percanggahan dalam kenyataan yang diterima oleh jawatankuasa, namun tiada perincian diberikan mengenai sumber atau bentuk percanggahan tersebut.

Laporan CNN sebelum ini menyatakan ratusan tan bahan kimia yang dipercayai digunakan dalam program peluru berpandu balistik Iran tiba di pelabuhan tersebut pada Februari, diikuti penghantaran kedua pada Mac.

Menteri Dalam Negeri, Eskandar Momeni, mengesahkan terdapat beberapa kelemahan ketara dalam aspek keselamatan di pelabuhan berkenaan.

“Langkah-langkah keselamatan dan pertahanan pasif tidak dilaksanakan atau tidak diambil serius di pelabuhan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya