Fosil semut tertua ditemukan di Brazil

Fosil semut tertua ditemukan di Brazil

FOSIL semut berusia 113 juta tahun yang diawet dalam batu kapur ditemui di timur laut Brazil.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Sekumpulan saintis mengenal pasti fosil semut tertua pernah ditemuka dengan sayap serta rahang tajam seperti sabit yang hidup kira-kira 113 juta tahun lalu.

Fosil berkenaan ditemui dalam batu kapur di timur laut Brazil.

Spesies yang dinamakan Vulcanidris cratensis itu tergolong dalam kumpulan purba dikenali sebagai ‘semut neraka’ sempena rahangnya yang kelihatan menggerunkan.

Kumpulan semut berkenaan pernah berkembang semasa Zaman Kapur namun sudah pupus.

Vulcanidris, seekor semut bersaiz sederhana sepanjang kira-kira 1.35 sentimeter, mempunyai rahang khusus yang membolehkannya mencengkam atau menikam mangsanya. 

Seperti sebahagian semut moden, ia mempunyai sayap dan dipercayai mampu terbang dengan baik.

“Ia juga mempunyai sengat yang berkembang baik seperti penyengat tebuan. Ia mungkin akan disangka sebagai seekor tebuan oleh mata yang tidak terlatih,” kata Entomologis Muzium Zoologi Universiti Sao Paulo, Anderson Lepeco dipetik Reuters.

Menurut Lepeco yang juga penulis utama kajian diterbitkan minggu ini dalam jurnal Current Biology, rahang semut ini bergerak secara menegak, tidak seperti semut moden yang menggerakkannya secara mendatar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya