EU saman Apple, Meta RM3.6 bilion

EU saman Apple, Meta RM3.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan denda berjumlah 700 juta euro (RM3.6 bilion) terhadap dua gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple dan Meta, kerana melanggar peruntukan di bawah undang-undang persaingan digital baharu dikenali sebagai Akta Pasaran Digital (DMA).

Suruhanjaya Eropah, badan eksekutif EU, dalam kenyataannya pada Rabu memaklumkan Apple dikenakan denda sebanyak 500 juta euro (RM2.6 bilion), manakala Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, pula dikenakan penalti 200 juta euro (RM1 bilion).

Langkah tegas ini dilaksanakan ketika hubungan perdagangan yang semakin meruncing antara EU dan AS, dengan pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini menuduh Brussels secara tidak adil mensasarkan syarikat-syarikat gergasi dari negara itu.

Siasatan yang dijalankan selama setahun mendapati Meta gagal memberi pilihan kepada pengguna untuk menggunakan versi perkhidmatannya yang memproses lebih sedikit data peribadi tanpa dikenakan bayaran.

Sejak November 2023, Meta melaksanakan model iklan izin atau bayar, di mana pengguna di Eropah perlu memberi persetujuan data mereka digunakan bagi iklan atau membayar versi tanpa iklan dan pada tahun berikutnya, syarikat itu memperkenalkan satu lagi model iklan diperibadikan percuma yang dikatakan memproses data dalam kadar lebih rendah namun, masih lagi dalam siasatan jika ia menepati kehendak DMA.

Apple pula didapati melanggar peraturan ‘steering’ dalam akta berkenaan di mana pemaju aplikasi perlu diberi kebebasan memaklumkan kepada pengguna mengenai tawaran alternatif di luar App Store.

Menurut Suruhanjaya Eropah, jumlah denda yang dikenakan mencerminkan ‘keseriusan dan tempoh pelanggaran oleh kedua-dua syarikat, dan bayaran perlu dijelaskan dalam tempoh 60 hari bagi mengelak hukuman tambahan.

Apple dan Meta membidas tindakan itu dan menuduh EU cuba melemahkan syarikat-syarikat AS serta mendakwa mereka dilayan secara tidak adil.

Pelanggaran DMA boleh dikenakan penalti yang berat, termasuk denda sehingga 10 peratus daripada jumlah pendapatan global tahunan sesebuah syarikat, dan sehingga 20 peratus bagi kesalahan berulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya