Bayi dikandung dalam musim sejuk kurang risiko gemuk ketika dewasa - Utusan Malaysia

Bayi dikandung dalam musim sejuk kurang risiko gemuk ketika dewasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Satu pasukan penyelidik Jepun dari Universiti Tohoku mendapati bayi yang dikandung pada musim sejuk kurang cenderung mengalami pertambahan berat badan berlebihan ketika dewasa.

Kajian itu juga mencadangkan kaitan antara musim konsepsi dengan metabolisme jangka panjang.

Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal Nature Metabolism pada Selasa lalu itu boleh memberikan pandangan baharu dalam pencegahan penyakit berkaitan gaya hidup seperti obesiti dan kencing manis jenis 2, menurut laporan Jiji Press.

Kajian memberi tumpuan kepada tisu adipos perang (lemak perang) yang memainkan peranan penting dalam pembakaran tenaga dan pengawalan suhu badan.

Berbeza dengan lemak putih yang menyimpan tenaga, lemak perang lebih aktif dalam suhu sejuk dengan membakar lemak tersimpan untuk menghasilkan haba.

Penyelidik mengkaji 356 lelaki sihat berusia 18 hingga 29 tahun yang dikumpulkan berdasarkan musim mereka dikandung.

Hasil kajian menunjukkan hubungan jelas antara konsepsi musim sejuk dengan aktiviti lemak perang lebih tinggi ketika dewasa yang berpotensi mengurangkan risiko pertambahan berat badan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya