SYDNEY: Polis New South Wales sedang menyiasat satu hantaran Islamofobia di media sosial yang menyasarkan Masjid Lakemba di barat Sydney. Hantaran terbabit yang dimuat naik di laman TikTok merujuk kepada serangan pengganas oleh seorang lelaki Australia di Christchurch, New Zealand pada 2019 yang mengorbankan 51 jemaah ketika solat. Rujukan kepada serangan tersebut disiarkan pada video Masjid Lakemba yang menunjukkan gambar jemaah semasa Ramadan. Menyifatkan ancaman itu sebagai satu bentuk kebencian…










