BAITULMUQADDIS: Hamas mengeluarkan rakaman video menunjukkan dua tebusan Israel yang ditahan di Gaza menggesa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu segera memeterai perjanjian untuk membebaskan mereka. Rakaman berdurasi kira-kira tiga minit itu memaparkan kedua-dua lelaki itu duduk di atas lantai dan bercakap dalam bahasa Hebrew sambil merakam pesanan untuk seorang tawanan yang telah dibebaskan. Mereka meminta bekas tawanan itu menceritakan pengalamannya dalam tahanan bagi mempercepatkan proses pembebasan mereka. AFP mengenal pasti kedua-dua…










