KHARTOUM: Tentera Sudan berjaya menawan sebuah jambatan utama yang menghubungkan timur ibu negara Khartoum ke bahagian selatan, beberapa hari selepas ia merampas semula kawalan di bahagian utara daripada kumpulan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF). Ketika konflik Sudan menghampiri tempoh dua tahun, pihak tentera kebelakangan ini telah berjaya menawan kembali sebahagian besar kawasan ibu negara serta kawasan sekitarnya daripada RSF. Walaubagaimanapun, kumpulan separa tentera itu masih menguasai beberapa lokasi penting,…










