Sebanyak 49 sekolah di Korea Selatan ditutup sebab tiada murid

Sebanyak 49 sekolah di Korea Selatan ditutup sebab tiada murid

PELAJAR yang menduduki Ujian Keupayaan Skolastik Kolej tahunan tiba di Sekolah Menengah Perempuan Yeouido di Seoul, Korea Selatan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sebanyak 49 sekolah rendah dan menengah di 17 bandar dan wilayah Korea Selatan akan ditutup tahun ini gara-gara populasi pelajar dan kadar kelahiran yang terus merudum di negara itu.

Korea Herald melaporkan, data kerajaan menunjukkan bilangan sekolah yang ditutup kerana kekurangan pelajar meningkat mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini, daripada hanya 22 pada 2023 kepada lebih 33 pada tahun lalu.

“Sebanyak 88 peratus sekolah yang dijadualkan ditutup menjelang akhir tahun ini adalah di kawasan luar bandar,” menurut data Kementerian Pendidikan.

Di Seoul, tiada sekolah yang akan ditutup, namun enam sekolah di wilayah Gyeonggi yang mempunyai paling ramai penduduk berhampiran ibu kota berdepan penutupan.

Wilayah Jeolla Selatan melaporkan jumlah tertinggi sekolah yang menghadapi penutupan, diikuti oleh Wilayah Chungcheong Selatan sebanyak 10 buah, manakala Wilayah Jeolla Utara menutup lapan lagi sekolah.

Daripada 49 sekolah yang ditetapkan untuk ditutup, 38 adalah sekolah rendah, lapan sekolah menengah dan tiga sekolah menengah tinggi.

Data itu juga mendedahkan bahawa sekolah rendah di kawasan luar bandar menghadapi cabaran besar kerana kekurangan pelajar baharu.

Lebih 112 sekolah rendah di seluruh negara dilaporkan tidak menerima pelajar baharu tahun lepas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN