KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 54 orang terkorban manakala 158 lagi cedera dalam serangan yang dilancarkan oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di sebuah pasar di bandar Omdurman, semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Sudan, serangan itu mengakibatkan kemusnahan besar di kawasan tumpuan awam tersebut. Tambah kementerian itu lagi, serangan tersebut turut menyebabkan hospital Al-Nao yang berdekatan sesak selepas dipenuhi mangsa pengeboman tersebut yang ingin mendapatkan rawatan lanjut. Bagaimanapun, RSF menafikan pihaknya…










