Remaja maut, lima cedera serangan pisau di Austria

Remaja maut, lima cedera serangan pisau di Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Seorang remaja berusia 14 tahun maut, manakala lima lagi cedera dalam serangan pisau yang berlaku di Villach, selatan Austria.

Susulan itu, polis Austria telah menahan seorang lelaki Syria berusia 23 tahun di tempat kejadian, dipercayai seorang pencari suaka yang mempunyai permit kediaman sementara.

Dua daripada lima mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan serius dan polis turut mengesahkan bahawa serangan itu dilakukan oleh seorang individu sahaja, walaupun laporan awal menyebut kemungkinan terdapat penyerang kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang pemandu penghantaran yang juga warga Syria menyaksikan serangan tersebut bertindak merempuh penyerang bagi mengelakkan lebih banyak kecederaan.

Suspek ditahan sejurus selepas itu oleh dua pegawai polis wanita dan masih disoal siasat petang semalam.

Pihak polis bagaimanapun belum dapat mendedahkan identiti penuh suspek atau mangsa.

Polis turut mengesahkan bahawa seorang lagi mangsa tampil dengan kecederaan ringan, menjadikan jumlah mangsa yang cedera kepada lima orang.

Serangan ini berlaku dalam suasana politik yang tegang di Austria, dengan perdebatan hangat mengenai undang-undang suaka.

Tahun lalu, Parti Kebebasan sayap kanan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya, namun parti itu gagal membentuk kerajaan gabungan, menyebabkan krisis politik berterusan di negara itu.

Pihak berkuasa Austria terus menyiasat insiden ini dengan melibatkan pakar ekstremisme untuk memastikan tiada unsur keganasan berorganisasi terlibat dalam serangan tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN