SEOUL: Kerajaan Metropolitan Seoul mengumumkan tawaran tunai atau mata ganjaran sebanyak satu juta won (RM3,500) kepada pasangan yang mendaftar perkahwinan mereka di bandar itu bermula Oktober. Menurut pihak berkuasa, inisiatif itu bertujuan membantu pasangan baharu dengan subsidi untuk membeli peralatan rumah dan perabot ketika mereka berpindah ke kediaman bersama. Ketika ini, kerajaan bandar sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan untuk melaksanakan rancangan tersebut bermula Oktober. Untuk melayakkan diri menerima…










