Bekas Menteri Pengangkutan Singapura jalani tahanan rumah

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura jalani tahanan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Bekas Menteri Pengangkutan Singapura, S. Iswaran yang sedang menjalani hukuman penjara 12 bulan, diletakkan di bawah Skim Tahanan Di Rumah bermula semalam.

Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) berkata, Iswaran akan menjalani baki hukuman di rumahnya di bawah syarat-syarat tertentu seperti semua banduan yang ditempatkan di bawah skim tersebut.

“Syarat-syaratnya termasuk pemantauan perintah berkurung menggunakan tag pemantauan elektronik dan terlibat secara produktif sama ada dalam pekerjaan, pembelajaran atau latihan.

“Iswaran yang memulakan hukuman penjaranya pada 7 Oktober 2024, juga perlu melaporkan diri kepada SPS untuk sesi kaunseling,” katanya kepada CNA.

Peguam mengesahkan pesalah layak untuk tahanan di rumah selepas menjalani kira-kira satu pertiga daripada hukuman mereka.

“Semasa tahanan di rumah, banduan yang diberi kebenaran untuk bekerja boleh meninggalkan rumah pada waktu bekerja mereka manakala banduan yang menganggur biasanya hanya mempunyai beberapa jam keluar dari rumah pada sebelah petang,” jelas peguam dari Lighthouse Law LLC,  Adrian Wee.

Akta Penjara membenarkan tahanan di rumah untuk memudahkan pemulihan dan penyepaduan semula banduan ke dalam masyarakat. 

Banduan boleh diletakkan dalam tahanan di rumah untuk tempoh tidak lebih daripada satu tahun.

Iswaran mengaku bersalah pada 24 September 2024 atas empat pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang melarang semua pekerja awam mendapatkan barang berharga daripada individu yang mempunyai hubungan rasmi dengan mereka.

Pada 3 Oktober, Iswaran dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dalam kes yang menyaksikan, buat pertama kali, seorang bekas menteri Kabinet dihukum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×