JOHANNESBURG: Seorang pelancong maut selepas diserang dan dipijak seekor gajah di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan semalam, menurut kenyataan agensi taman negara SAN Parks. “Kemalangan tragis berlaku apabila seorang pelancong diserang dan dipijak oleh gajah berhampiran Sungai Crocodile di Pintu Malelane. Malangnya, kejadian ini mengakibatkan kehilangan nyawa,” kata kenyataan itu. SAN Parks turut meminta orang ramai agar tidak memuat naik gambar kejadian tersebut di media sosial bagi menghormati mangsa dan…










